Saturday, May 23, 2020

13 Rahsia untuk Menjadi Pelajar Cemerlang




13 rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang

       Ramai pelajar mahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan samada peperiksaan tahunan, PT3, SMA, SPM, STAM atau STPM. Walaupun ramai yang berkeinginan untuk cemerlang hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya mendapat kecemerlangan apabila keputusan diumumkan. Kenapa ini berlaku? Adakah ianya disebabkan factor IQ atau ianya lebih disebabkan oleh tahap usaha yang dilakukan sebelum menduduki peperiksaan? Sebenarnya untuk cemerlang ada rahsianya. Rahsia yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar untuk cemerlang ini perlu diamalkan dalam pembelajaran mereka. Jika mereka tahu rahsia tetapi tidak mengamalkannya ianya tetap akan menjadi sia-sia dan tetap tidak akan dapat menjana kecemerlangan yang diinginkan. Mari kita lihat 13 rahsia yang perlu dikupas dan seterusnya diamalkan oleh pelajar-pelajar yang nekad untuk berjaya.

1.  Matlamat atau sasaran

Pelajar yang mahu cemerlang perlu mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas dalam pembelajaran mereka. Mereka perlu menetapkan sasaran untuk mereka capai dalam pembelajaran mereka dan seterusnya berusaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran tersebut. Contohnya tetapkan sasaran untuk mendapat berapa A dalam peperiksaan yang akan datang. Sasaran ini mestilah mampu untuk mencabar diri dan memberikan mereka semangat untuk berjuang mendapatkannya. Jangan meletakkan sasaran yang terlalu rendah kerana ini tidak akan meningkatkan motivasi mereka bahkan menyebabkan mereka tidak meningkatkan usaha yang sedia ada untuk mencapainya. Matlamat pembelajaran pula merupakan sebab kenapa mereka mahu cemerlang. Contohnya belajar untuk membela nasib keluarga untuk keluar dari kemiskinan, atau untuk memastikan masa depan mereka akan lebih terjamin, atau untuk memastikan mereka boleh membela nasib agama, bangsa atau Negara. Matlamat yang ditetapkan mestilah relevan dengan diri pelajar agar ianya menjadi lebih bersifat peribadi atau personal.

2. Percaya

Pelajar perlu percaya kepada kemampuan diri mereka untuk mencapai kecemerlangan. Kepercayaan dan keyakinan bahawa diri mampu untuk mencapai kecemerlangan akan meningkatkan semangat pelajar untuk terus berusaha membaiki kelemahan diri mereka dalam subjek-subjek yang mereka hadapi. Seterusnya kepercayaan ini akan membolehkan mereka sanggup berkorban untuk mencapai kecemerlangan tersebut, contohnya mampu untuk mengorbankan kesenangan sementara yang selalu melalaikan pelajar seperti bersosial secara melampau atau membazirkan masa dengan permainan video game yang akan mengambil banyak masa mereka yang sepatutnya digunakan untuk belajar.

3. Tumpuan

Tumpuan sebenarnya akan membantu pelajar untuk lebih mudah mengingat dan memahami. Tumpuan merupakan salah satu fungsi minda untuk memilih maklumat yang penting dan mengarahkan minda kita untuk mengingat dan memahami. Contohnya jika pelajar memberi tumpuan dalam kelas semasa guru sedang mengajar, mereka akan lebih mudah mengingat dan memahami apa yang sedang diajar dan ingatan akan menjadi lebih lama kerana tiada gangguan daripada maklumat-maklumat yang tidak penting contonya percakapan dari kawan sebelah. Tumpuan jika diberikan pula semasa ulangkaji akan dapat menumpukan minda kepada perkara yang sedang diulangkaji. Jadi pelajar mesti tahu cara untuk memberi tumpuan dan mengamalkannya semasa proses pembelajaran.

4. Perancangan

Pelajar yang mahu cemerlang perlu mempunyai perancangan belajar yang teratur dan sistematik dan berusaha untuk mematuhinya. Mereka perlu memanfaatkan masa secara optimum dan sebaik-baiknya. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan elakkan pembaziran masa. Pelajar perlu menetapkan prioriti dalam hidup mereka untuk mencapai kecemerlangan. Mereka juga perlu memantau tahap kemajuan dan penguasaan pelajaran mereka. Setiap kertas peperiksaan yang lepas mesti dilakukan post mortem untuk menentukan kelemahan mereka dan seterusnya membaiki kelemahan tersebut untuk peperiksaan seterusnya. Ataupun jika mereka menjawab kertas-kertas latihan contohnya soalan-soalan tahun lepas, selepas mendapat markah mereka, mereka perlulah melakukan post mortem untuk mencari dan membaiki kelemahan mereka dalam menjawab soalan-soalan itu dan membaiki kelemahan tersebut sebelum menjawab set soalan yang lain pula. Lakukannya secara sistematik dan teratur.

5.  Strategi Belajar

Strategi belajar yang berkesan dan teknik belajar yang mantap perlu diamalkan oleh pelajar untuk berjaya. Teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang berkesan adalah diperlukan untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Pelajar juga sebaik-baiknya belajar dalam kumpulan yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok dan menjimatkan masa kerana banyak input boleh dikongsikan oleh ahli-ahli kumpulan. Pembelajaran bersama rakan sebaya juga boleh membantu menyelesaikan banyak ketidak fahaman terhadap sesuatu topic kerana setiap ahli kumpulan pasti akan mempunyai kelebihan masing-masing dalam topic atau subjek tertentu.

6.  Menjaga Masa

Masa adalah satu factor yang perlu dijaga oleh pelajar-pelajar yang ingin cemerlang. Adalah digalakkan untuk pelajar tidak menunggu ke saat terakhir untuk mengulangkaji. Pelajar perlu mempunyai jadual harian dan jadual belajar untuk mengelakkan pembaziran masa berharga berlaku. Jadual harian merujuk kepada jadual aktiviti pelajar sepanjang hari seperti aktiviti sekolah, tuisyen, ulangkaji, rehat, bermain dan berkawan. Jadual belajar pula merujuk kepada jadual khas yang digunakan untuk merancang pembelajaran pelajar seperti subjek apa yang mahu dipelajari, bab berapa, berapa lama masa belajar, berapa banyak yang mahu dibaca dan sebagainya. Kepatuhan kepada jadual yang telah ditetapkan dari awal lagi pasti akan mengelakkan stress apabila hampir ke tarikh peperiksaan.

7.  Pergaulan
      
      Pelajar yang cemerlang biasanya berbaik-baik dengan semua orang yang boleh mengelakkan stress disebabkan konflik social. Walau bagaimanapun, pelajar cemerlang biasanya mempunyai hanya beberapa rakan karib yang berkongis matlamat dan saling bantu membantu antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Perkongsian ilmu Antara mereka boleh menjimatkan masa belajar, meningkatkan kefahaman dan juga ingatan.

 8. Pemantauan
      
      Pelajar yang cemerlang sentiasa memantau prestasi mereka sendiri dan menjalankan post mortem untuk mencari kelamahan mereka secara berkala dan sistematik. Mereka juga tahu cara untuk memperbaiki kelemahan mereka contohnya dengan merujuk kepada bahan rujukan yang ada atau bertanya kepada guru. Mereka tidak menangguhkan masa untuk menyelesaikan setiap masalah atau ketidak fahaman yang mereka hadapi.

9. Hubungan Baik Dengan Guru

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga hubungan baik mereka dengan guru dan tidak segan untuk berjumpa dan bertanya kepada guru untuk menyelesaikan masalah atau ketidak fahaman mereka. Mereka tahu apa yang hendak ditanya dan cara memanfaatkan khidmat guru kepada mereka. Walau bagaimanapun mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru dimana mereka juga boleh berdikari untuk meningkatkan sendiri penguasaan mereka terhadap sesuatu subjek.

10.  Konsisten & Istiqomah

Pelajar yang cemerlang sentiasa konsisten dan istiqomah dalam belajar. Mereka sentiasa stabil dalam kerajinan mereka dalam belajar bukannya sekejap rajin dan sekejap malas. Mereka akan belajar secara berterusan dan mampu melawan perasaan malas mereka. Ini biasanya akan berlaku jika mereka sentiasa ingat mengenai matlamat dan sasaran yang mereka telah tetapkan dan mampu memberi semangat kepada diri mereka sendiri. Ini adalah salah satu kepentingan untuk mempunyai kumpulan belajar yang menetapkan sasaran yang sama, dimana ahli kumpulan akan saling memberi semangat dan peringatan kepada ahli kumpulan yang lain. Istiqomah bermaksud mereka akan cuba untuk mencapai sasaran yang telah mereka tetapkan dalam jadual pembelajaran mereka, contohnya dalam sehari mereka telah menetapkan untuk menjawab 50 soalan objektif berkaitan subjek-subjek tertentu dan mereka akan sedaya upaya mereka akan memenuhi sasaran tersebut

11. Persistent

Persistent bermaksud pelajar yang cemerlang tidak akan berputus asa untuk menyelesaikan sebarang masalah atau ketidak fahaman mereka dalam pembelajaran mereka. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah mereka mungkin dengan cara bertanya kepada mereka yang lebih faham contohnya rakan-rakan mereka ataupu  guru mereka. Mereka juga rajin membuat rujukan samada menggunakan buku rujukan, buku teks atau melalui internet

12. Sanggup berkorban
      
      Pelajar yang cemerlang sanggup mengorbankan keseronokan mereka bersosial untuk belajar. Mereka sanggup meninggalkan aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain game, berhibur dan bersosial dengan kawan-kawan. Mereka belajar lebih lama berbanding kawan-kawan mereka, lebih gigih, lebih bersungguh-sungguh. Mereka juga sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan buku-buku rujukan, tuisyen dan bahan-bahan tambahan yang boleh membantu mereka dalam pelajaran mereka. Mereka juga mengelakkan diri dari terlibat dalam cinta monyet yang akan melalaikan mereka.

13. Agama nombor Satu

      Bagi pelajar yang beragama Islam mereka faham akan konsep belajar sebagai satu ibadah. Mereka juga sedar akan kepentingan mendapat redha ibubapa dan guru mereka untuk mendapatkan keberkatan dalam pelajaran. Mereka melaksanakan ibadah harian yang ditetapkan oleh agama dan sentiasa berdoa supaya kehidupan mereka sentiasa diberkati dan diberikan kejayaan oleh ALLAH. Mereka berpegang pada konsep tawakkal yang sebenar iaitu berusaha dan berdoa dalam pembelajaran mereka.

      rujukan:
      Tengku Asmadi PhD. Motivasi Alihan Pelajar. PTS Milennia SDN.BHD. 2015




Friday, May 15, 2020

Makluman: Video Pembelajaran Sains untuk Persediaan SPM 2020 - Bab 2: Sains Tingkatan 5 KBSM : Nutrisi & Pengeluaran Makanan


SAINS TG 5 BAB 2: NUTRISI & PENGELUARAN MAKANAN

001 Bab 2 Sains Tg 5 Subtopik 2.1 Pengambilan Nutrisi Yg Baik
https://youtu.be/aIYcuy11jxo

002 Bab 2 Sains Tg 5   Nutrisi & Pengeluaran Makanan 2 2 Keperluan Nutrien Tumbuhan
https://youtu.be/1ErFHiZIFXg

003 Bab 2 Sains Tg 5 : Nutrisi & Pengeluaran Makanan 2.3 Kitar Nitrogen
https://youtu.be/xR9GJlU2wnA

004 Bab 2 Sains Tg 5: 2.4 Amalan Nutrisi Yang Baik
https://youtu.be/6OgxowtR5R0

Monday, May 11, 2020

Makluman: Video Pembelajaran Sains untuk Persediaan SPM 2020 - Bab 1: Sains Tingkatan 5 KBSM : Mikroorganisma & Kesannya Ke Atas Hidupan (Bahagian II)


SAINS TG 5 BAB 1: MIKROORGANISMA & KESANNYA KE ATAS HIDUPAN (Bahagian II)

005 Sains Tg 5 Bab 1-1.5 Pencegahan Penyakit Yang Disebabkan Oleh Mikrrorganisma
https://youtu.be/fRZe1b5-My4

006 Sains Tg 5 Bab 1-1.6 Cara Merawat Penyakit Yang Disebabkan oleh Mikroorganisma
https://youtu.be/FV3EzY3Aqp8

007 Sains tg 5 Bab 1-1.7 Kesan Mikroorganisma kepada Manusia & Alam Sekitar
https://youtu.be/_BAwFmW6Wkw

Saturday, May 9, 2020

Makluman: Video Pembelajaran Sains untuk Persediaan SPM 2020 - Bab 1: Sains Tingkatan 5 KBSM : Mikroorganisma & Kesannya Ke Atas Hidupan (Bahagian I)


SAINS TG 5 BAB 1: MIKROORGANISMA & KESANNYA KE ATAS HIDUPAN

001 Sains Tingkatan 5 Bab 1 - 1.1 Memahami Pengelasan Mikroorganisma
https://youtu.be/J5chzG4lnlk

002 Sains Tingkatan 5 Bab 1- 1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Aktiviti Mikroorganisma
https://youtu.be/Yf6_PSIVzMs

003 Sains Tingkatn 5 Bab 1-1.3 Mikroorganisma Berfaedah
https://youtu.be/ID83cp-ALfM

004 Sains Tingkatan 5 Bab 1-1.4 Mikroorganisma Berbahaya
https://youtu.be/PGVhuTWbpdY

Tuesday, May 5, 2020

Makluman: Video Pembelajaran Sains untuk Persediaan SPM 2020 - Bab 3: Sains Tingkatan 5 KBSM : Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar


SAINS TG 5 BAB 3: PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

001 Sains Tg 5 Bab 3 - 3.1 Menganalisis Keseimbangan Alam Sekitar
https://youtu.be/pjLgbSZo3VQ

002 Sains Tg 5 Bab 3: 3.2 Menganalisis Kesan Pencemaran Alam Sekitar
https://youtu.be/KttDSUG9YH0

003 Sains Tg 5 Bab 3   3 3 Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar & Pengawalan Pencemaran
https://youtu.be/XupDKNrgGK0

Sunday, May 3, 2020

Makluman: Video Pembelajaran Sains untuk Persediaan SPM 2020 - Bab 3: Sains Tingkatan 4 KBSM : Keturunan & Variasi


SAINS TG 4 BAB 3: KETURUNAN & VARIASI 

001 Sains Tg 4 Bab 3: 3.1 Pembahagian sel bahagian 1
https://youtu.be/bSqRI8P4R7o

002 Sains Tg 4 Bab 3: 3.1 Pembahagian Sel bahagian 2
https://youtu.be/WfTUTBDQ7Bg

003 Sains Tg 4 Bab 3: 3.2 Prinsip & Mekanisme Pewarisan Sifat
https://youtu.be/PuOIB2briMo

004 Sains Tg 4 Bab 3:  3.3   Penentuan Seks Anak & Pembentukkan Kembar
https://youtu.be/skpLLqlBaTg

005 Sains Tg 4 Bab 3:   3.4 Mutasi
https://youtu.be/hgjJbpcf6l4

006 Sains Tg 4 Bab 3: 3.5 Kesan penyelidikan Genetik Kepada kehidupan Manusia
https://youtu.be/PtJNRurmIzs

007 Sains Tg 4 Bab 3: 3.6 Variasi
https://youtu.be/fPuYMuKkEeg

008 Sains Tg 4 Bab 3: 3.7 Isu Etika Dalam penyelidikan genetik
https://youtu.be/vtxG76lXeq4

Friday, May 1, 2020

VIDEO PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN 4 KBSM: BAB 2 - KOORDINASI BADAN

ULANGKAJI BAB 2 SAINS TINGKATAN 4 KBSM: KOORDINASI BADAN (BAHAGIAN 1)

SAINS TG 4 BAB 2 - KOORDINASI BADAN

001 Sains Tg 4 Bab 2 Koordinasi Badan
Subtopik 2.1  koordinasi badan
https://youtu.be/rC67hGAcMb4

002 Sains Tg 4 Bab 2   koordinasi Badan
Subtopik 2.2 Sistem Saraf manusia
https://youtu.be/JkG-ReN4cdQ

003 Sains Tg 4 Bab 2   
Subtopik 2.3 Koordinasi Saraf
https://youtu.be/Oo-TsYRD2Ss

004 Sains Tg 4 Bab 2   
Subtopik 2.4 peranan reseptor regang dalam mengekalkan keseimbangan & koordinasi
https://youtu.be/FDGV7OVteH0

005 Sains Tg 4 Bab 2: Subtopik 2.4 Otak Manusia
https://youtu.be/NQcgIBCrVWc

006 Sains Tg 4 Bab 2:  2.5 Koordinasi Hormon Dalam Badan
https://youtu.be/2IJ_JRBjeHk

007 Sains Tg 4 Bab 2:  2.6 Koordinasi Antara Sistem Saraf & Endokrin
https://youtu.be/osHLmqg9344

008 Sains Tg 4 Bab 2   2 8 Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Koordinasi dan kesihatan badan
https://youtu.be/LRJ63loeTKI

009 Sains Tg 4 Bab 2: 2.9 Kesan Alkohol Terhadap Koordinasi Badan & kesihatan
https://youtu.be/oBcltR_xoIM

010 Sains Tg 4 Bab 2   2 10 Kepentingan Minda Yang Waras & Sihat
https://youtu.be/3PvTfROVM6Q

Selamat belajar dan selamat berpuasa.

Pengaktifan semula sma-maran.blogspot.com

    Laman blog SMA Maran ini telah diaktifkan semula selepas lama tidak di "updatekan" kerana lama web SMA Maran yang rasmi di baw...